Usahawan Agromakanan RISDA | Peserta Projek CSR Komuniti The Datai Menerajui pertanian dan penternakan bersepadu melalui penghasilan ayam kampung asli, telur segar dan produk agro berkualiti tinggi yang mengutamakan kelestarian alam, keselamatan makanan dan kesejahteraan komuniti Langkawi.
100% Halal
Sembelihan Patuh Syarak
Ternakan Sihat
Bebas Bahan Kimia
Segar Di Langkawi
Terus Dari Ladang Tempatan
Sokong Tempatan
Membantu Komuniti
Standard Terbaik Untuk Komuniti Langkawi
Pembekal Ayam Kampung Hidup & Baka Ayam Kampung Berkualiti. Kami komited membekalkan ayam kampung hidup dan baka ayam kampung yang sihat, berkualiti dan diternak dengan amalan penternakan yang baik bagi memenuhi keperluan pelanggan dan penternak di seluruh Langkawi.
Ternakan kami diberikan pemakanan seimbang termasuk hampas soya berkualiti tinggi bagi menyokong tumbesaran yang sihat dan menghasilkan daging yang lebih pejal. Kami sentiasa menambah baik formulasi makanan bagi memastikan nutrisi optimum tanpa bergantung sepenuhnya kepada dedak komersial.
Sebagai peserta Projek Agromakanan RISDA dan Projek Komuniti The Datai, Langkawi, kami sentiasa didedahkan kepada amalan penternakan yang betul, bersih dan mampan. Pendekatan ini membantu kami memastikan kebajikan ternakan, kebersihan persekitaran serta kualiti hasil ternakan sentiasa berada pada tahap terbaik
Hasil Ladang Bermutu Tinggi
Baka tulen ayam kampung yang bertenaga, dipelihara dengan rapi untuk jaminan daging yang lazat dan ketahanan yang tinggi.
Dibersihkan and diproses di pusat sembelihan kami mengikut standard kebersihan tertinggi. Sedia untuk dimasak.
Telur berkualiti tinggi terus dipungut segar setiap pagi dari reban. Kaya dengan protein dan nutrisi semulajadi.
Day-old chicks (DOC) ayam kampung bermutu tinggi untuk penternak tempatan yang mahukan kadar tumbesaran yang optimum.
Makanan ternakan berkualiti kaya protein tinggi yang membantu mempercepat tumbesaran haiwan ternakan secara selamat.
Suasana Di Bukit Kechubung Farm
Suasana Hijau Nyaman
Rumah Sembelihan
Anak Ayam Aktif & Cergas
Kawasan Ladang yang Bersih
Setiap ekor ayam kampung diproses di kemudahan sembelihan persendirian kami yang dipantau rapi dari aspek sanitasi dan kebersihan. Kami komited dalam melaksanakan sembelihan mengikut syarak sepenuhnya.
Penyembelih beragama Islam & bertauliah
Sistem kawalan sisa dan kebersihan optimum
Tanpa bahan pengawet merbahaya
"Suci, Bersih & Halal Terjamin"
Pilih produk dan kuantiti yang anda inginkan di bawah, kemudian tekan butang tempah di WhatsApp.
Kata Mereka Mengenai BKF
"Saya mengambil bekalan Ayam Kampung Sembelih daripada Bukit Kechubung Farm untuk restoran saya di Kuah. Ayamnya bersih, segar, dan paling penting tiada bau busuk. Pelanggan puji tekstur daging ayam kami sangat sedap!"
Pengusaha Kedai Makan, Kuah
"Beli Anak Ayam DOC dari BKF memang berbaloi. Sangat aktif and sihat. Kadar kematian sangat rendah berbanding pembekal lain yang saya pernah gunakan sebelum ini. Khidmat nasihat penternakan pun sangat baik!"
Penternak Tempatan, Padang Matsirat
"Selalu beli Telur Ayam Kampung terus dari ladang BKF untuk kegunaan keluarga saya. Telurnya sentiasa bersih dan segar, kuning telurnya pekat dan berkrim. Berbeza betul dengan telur yang beli di pasar raya biasa!"
Surirumah, Jalan Pantai Cenang
Back to Nature, For A Better Life
Bukit Kechubung Farm merupakan sebuah ladang bersepadu yang terletak di Langkawi, Kedah, dibangunkan dengan visi untuk menghasilkan produk makanan yang semula jadi, berkualiti dan mampan bagi manfaat masyarakat.
Kami percaya bahawa kehidupan yang lebih sihat bermula daripada sumber makanan yang baik. Berpandukan prinsip Nature, Nutrition & Sustainability, setiap aktiviti di ladang kami dirancang untuk memastikan keseimbangan antara pertanian, penternakan, inovasi dan penjagaan alam sekitar.
Aktiviti utama kami merangkumi penternakan ayam kampung, pembiakan dan penetasan anak ayam (DOC), pengeluaran makanan ternakan, pembangunan produk berasaskan bio dan enzim, pengurusan tanah secara lestari serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan kualiti hasil ladang.
Selain menghasilkan ayam kampung dan telur segar, kami turut mengusahakan tanaman seperti sayur-sayuran, jagung, labu dan hasil pertanian lain yang menyokong ekosistem ladang bersepadu. Pendekatan ini membantu mengurangkan pembaziran, meningkatkan kecekapan sumber dan menghasilkan produk yang lebih safer untuk pengguna.
Melalui unit pemprosesan makanan kami, Dapurba, pelbagai produk nilai tambah turut dihasilkan termasuk produk retort, hidangan ayam kampung, telur kampung dan madu hutan. Kami juga berkongsi ilmu melalui kelas memasak dan program pendidikan yang mempromosikan gaya hidup sihat dan penggunaan makanan semula jadi.
Di Bukit Kechubung Farm, kami komited untuk menggabungkan sains dan alam semula jadi bagi menghasilkan produk yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah memberi manfaat kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.
Pertanian dan penternakan yang lestari
Haiwan sihat, makanan berkualiti
Inovasi berasaskan sains dan alam semula jadi
Pembangunan komuniti dan perkongsian ilmu
Masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang
Bukit Kechubung Farm – Dari ladang ke kehidupan yang lebih baik.
Alamat Ladang:
Lot 2151 Padang Tani, Jalan Makam Mahsuri, 07000 Langkawi, Kedah.
Hubungi / WhatsApp:
011-1795 1534
Waktu Operasi:
Setiap Hari: 8:00 Pagi - 6:00 Petang
Sama ada untuk kegunaan rumah sendiri, pengurusan majlis katering atau bekalan harian restoran anda, kami sedia membantu memberikan mutu yang terbaik.